Semasa proses pembelajaran, calon hendaklah mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah - langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar. Ketika ujian, calon akan melalui dua bahgian ujian praktikal iaitu :
1. Ujian Praktikal Bahagian 2:
- Pusingan angka 8.
- Meniti di atas papan.
- Menunggang di antara kon.
- Brek kecemasan.
- Menunggang di selekoh tajam.
2. Ujian Praktikal Bahagian 3:
- Menunggang di jalan raya.
- Mulakan dengan bacaan "Bismillah..." baca doa agar kita tak gugup dan tenang lancar untuk meneruskan ujian memandu ni.
- Menggunakan topi keledar dengan betul.
- Tidak menghidupkan enjin dalam gear.
- Menyalakan lampu hadapan dan belakang.
- Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak. Pastikan signal elok dan brek dalam keadaan yang baik.
- Baru boleh pulas minyak gerak pelahan-lahan dulu.
Teknik Ujian Pusingan 8:
- Tidak melanggar benteng.
- Membuat satu setengah pusingan.
- Kaki tidak mencecah atau pijak jalan.
- Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat.
- Tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
- Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri.
Teknik Meniti Di Atas Papan:
- Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat sahaja.
- Roda tidak keluar dari papan.
- Kaki tidak mencecah atau pijak papan.
- Calon tidak jatuh dari motosikal.
- Tidak kurang dari 7 saat.
Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada
keseimbangan dalam menunggang pengiraan saat bermula dari kita naik
jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat).
Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira
bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti
diatas jambatan tersebut melebihi 7 saat.