Berhentikan kenderaan apabila tayar kenderaan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, dan tarik brek tangan.
Keluarkan kepala anda untuk melihat kearah tayar hadapan atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1 (satu).
Tip untuk ujian mendaki bukit ;
Calon akan lulus jika :
- Berjaya meletakkan kedua - dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samaada 50%, 75% atau 100%.
- Berjaya maju kehadapan tanpa mengundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
- Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit yang diberi. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.
Calon akan gagal jika :
- Gagal meletakkan kedua - dua roda hadapan motokar samaada 50%, 75% atau 100%.
- Melebih masa yang diberi.
- Melanggar tiang penanda besi (samaada jatuh atau tidak)
- Langgar garisan putih.
- Kemalangan (samaada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar).
- Gunakan gear 1.
- Tekan pemacu (minyak).
- Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan - lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan