JellyPages.com

Khamis, 28 November 2013

Cara - cara Mendapatkan Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia

Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa sebarang masalah.
Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:
i)  Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii)  Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas.
iii)  Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
iv)  2 keping gambar passport.
v)  Mengisi Borang JPJ L1.
vi)  Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat JPJ di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat AAM (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada JPJ. Seseorang itu tidak di izin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat JPJ untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.

Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia
Syarat-syaratnya adalah:
1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.
3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.
5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.

 (ehsan: pusat maklumat rakyat,Jabatan Penerangan Malaysia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan