JellyPages.com

Khamis, 28 November 2013

Tatacara Memohon Lesen Memandu


Terdapat 5 jenis lesen memandu utama di Malaysia iaitu :-
i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang mengendalikan kereta yang memaparkan sticker L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen ini boleh diperbaharui setiap 3 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik.Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan pelekat lesen percubaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih berlatarbelakang merah berbentuk segi empat sama) pada bahagian hadapan dan belakang cermin kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu. 
iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata dimerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereka digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama 3 tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). 
v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan