1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter di belakang garisan. Tarik brek tangan. Pasangkan isyarat ke arah yang ingin dituju. Pastikan tiada kenderaan yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.
2) Memandu di Jalan Raya
Had laju kenderaan yang dibenarkan ketika berada dikawasan sekolah adalah 30 kmj sahaja. Di jalan raya, had laju purata yang dibenarkan adalah 60 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng kenderaan anda dengan baik. Beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain sekiranya anda tidak yakin.
3) Memandu di garisan berkembar (Double Line)
Jangan memotong kenderaan lain sekiranya anda berada di garisan kembar. Begitu juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Pemandu hendaklah mematuhi lampu isyarat. Sekiranya kenderaan anda tidak melepasi garisan kuning, anda haruslah BERHENTI. Jika kenderaan sudah melepasi garisan kuning, pandu kenderaan secara berhati - hati.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng haruslah berada di posisi jam 10 dan 2. Pemandu tidak dibenarkan menyilang tangan ketika mengawal stereng. Jangan gunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda hanya dibenarkan memagang stereng dengan sebelah tangan hanya ketika menukar gear kenderaan sahaja.
Memandu dengan selamat dan berhemah ketika berada di jalan raya. Elakkan kemalangan ketika ujian. Apabila sampai sahaja di institut memandu, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji samaada suis perlu dikunci atau tidak. Patuhi arahan penguji.
Akhir kata, seandainya anda beretika dan berhemah dengan pengguna jalan raya yang lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian yang kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan berjaya dalam ujian. Sekian , terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan