JellyPages.com

Sabtu, 30 November 2013

TEKNIK BELAJAR MOTOSIKAL

Semasa proses pembelajaran, calon hendaklah mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah - langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar. Ketika ujian, calon akan melalui dua bahgian ujian praktikal iaitu : 



1. Ujian Praktikal Bahagian 2:

  • Pusingan angka 8.
  • Meniti di atas papan.
  • Menunggang di antara kon.
  • Brek kecemasan.
  • Menunggang di selekoh tajam.


2. Ujian Praktikal Bahagian 3:
  • Menunggang di jalan raya.
  • Mulakan dengan bacaan "Bismillah..." baca doa agar kita tak gugup dan tenang lancar untuk meneruskan ujian memandu ni.
  • Menggunakan topi keledar dengan betul.
  • Tidak menghidupkan enjin dalam gear.
  • Menyalakan lampu hadapan dan belakang.
  • Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak. Pastikan signal elok dan brek dalam keadaan yang baik.
  • Baru boleh pulas minyak gerak pelahan-lahan dulu.



Teknik Ujian Pusingan 8:



  • Tidak melanggar benteng.
  • Membuat satu setengah pusingan.
  • Kaki tidak mencecah atau pijak jalan.
  • Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat.
  • Tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
  • Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri.


Teknik Meniti Di Atas Papan:

  • Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat  sahaja.
  • Roda tidak keluar dari papan.
  • Kaki tidak mencecah atau pijak papan.
  • Calon tidak jatuh dari motosikal.
  • Tidak kurang dari 7 saat.  


Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada keseimbangan dalam menunggang  pengiraan saat bermula dari kita naik jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat).


Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti diatas jambatan tersebut melebihi 7 saat.


Khamis, 28 November 2013

Cara - cara Mendapatkan Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia

Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa sebarang masalah.
Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:
i)  Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii)  Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas.
iii)  Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
iv)  2 keping gambar passport.
v)  Mengisi Borang JPJ L1.
vi)  Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat JPJ di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat AAM (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada JPJ. Seseorang itu tidak di izin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat JPJ untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.

Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia
Syarat-syaratnya adalah:
1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.
3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.
5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.

 (ehsan: pusat maklumat rakyat,Jabatan Penerangan Malaysia)

Tatacara Memohon Lesen Memandu


Terdapat 5 jenis lesen memandu utama di Malaysia iaitu :-
i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang mengendalikan kereta yang memaparkan sticker L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen ini boleh diperbaharui setiap 3 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik.Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan pelekat lesen percubaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih berlatarbelakang merah berbentuk segi empat sama) pada bahagian hadapan dan belakang cermin kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu. 
iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata dimerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereka digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama 3 tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). 
v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara. 

Teknik Belajar Mendaki Bukit

Gunakan gear 1, gerakkan kenderaan untuk mendaki bukit. 
Berhentikan kenderaan apabila tayar kenderaan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, dan tarik brek tangan.
Keluarkan kepala anda untuk melihat kearah tayar hadapan atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1 (satu).

Tip untuk ujian mendaki bukit ;
Calon akan lulus jika : 

  • Berjaya meletakkan kedua - dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samaada 50%, 75% atau 100%.
  • Berjaya maju kehadapan tanpa mengundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  • Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit yang diberi. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika : 

  • Gagal meletakkan kedua - dua roda hadapan motokar samaada 50%, 75% atau 100%.
  • Melebih masa yang diberi.
  • Melanggar tiang penanda besi (samaada jatuh atau tidak)
  • Langgar garisan putih.
  • Kemalangan (samaada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar).
Teknik Belajar Turun Bukit

  1. Gunakan gear 1.
  2. Tekan pemacu (minyak).
  3. Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan - lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

Tips - tips Tambahan Untuk Parkir Kenderaan Ketika Ujian

Calon akan lulus jika : 

  • Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dari petak dalam masa 5 minit.
  • Keempat - empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak parking.
Calon akan gagal jika :

  • Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
  • Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
  • Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan.
  • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samaada semasa masuk atau keluar petak parking.
  • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak.
  • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak.
  • Badan kereta samaada depan atau belakang menjulur keluar. 
  • Kereta masih berada dalam petak samaada sebahagian atau keseluruhannya apabila tempoh 5 minit yang diberi tamat. 

Ke Arah Mendapatkan Lesen Kereta (D)

Menghadapi ujian Jalan Raya, seorang calon haruslah berpakaian sopan dan bertatatertib. Di bawah ini disediakan tips - tips yang harus dilaksanakan ketika ujian berlangsung.

1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter di belakang garisan. Tarik brek tangan. Pasangkan isyarat ke arah yang ingin dituju. Pastikan tiada kenderaan yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.

2) Memandu di Jalan Raya
Had laju kenderaan yang dibenarkan ketika berada dikawasan sekolah adalah 30 kmj sahaja. Di jalan raya, had laju purata yang dibenarkan adalah 60 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng kenderaan anda dengan baik. Beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain sekiranya anda tidak yakin.

3) Memandu di garisan berkembar (Double Line)
Jangan memotong kenderaan lain sekiranya anda berada di garisan kembar. Begitu juga di selekoh.

4) Memandu di Lampu Isyarat
Pemandu hendaklah mematuhi lampu isyarat. Sekiranya kenderaan anda tidak melepasi garisan kuning, anda haruslah BERHENTI. Jika kenderaan sudah melepasi garisan kuning, pandu kenderaan secara berhati - hati.

5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng haruslah berada di posisi jam 10 dan 2. Pemandu tidak dibenarkan menyilang tangan ketika mengawal stereng. Jangan gunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda hanya dibenarkan memagang stereng dengan sebelah tangan hanya ketika menukar gear kenderaan sahaja.

Memandu dengan selamat dan berhemah ketika berada di jalan raya. Elakkan kemalangan ketika ujian. Apabila sampai sahaja di institut memandu, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji samaada suis perlu dikunci atau tidak. Patuhi arahan penguji.

Akhir kata, seandainya anda beretika dan berhemah dengan pengguna jalan raya yang lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.

Memakai pakaian yang kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan berjaya dalam ujian. Sekian , terima kasih. 

SOME TIPS ON HOW TO PARK YOUR CAR CORRECTLY IN JPJ TEST

Ramai yang tidak peka dengan cara memarkir kenderaan mereka di dalam petak parkir yang disediakan dengan betul. Dapat diperhatikan ramai pemandu yang lemah untuk memarkir kenderaan mereka terutamanya petak parkir itu merupakan SIDE PARKING. Disini kami sertakan cara - cara yang betul dan boleh diaplikasikan setiap hari. 

1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti. 


2. Pusing stereng ke kiri sehingga habis, undur perlahan - lahan dan dapatkan tiang 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.


3. Pusing stereng ke kanan sebanyak 2 kali (yakini sehingga tayar lurus) kemudian undur kereta senhingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.


4. Pusingkan stereng ke kanan sehingga habis, undur ke dalam petak parkir dan berhenti (bebaskan (free) gear dan tarik brek tangan).


5. a) Pusingkan stereng kekiri sehingga habis, dengan menggunakan gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (bebaskan gear dan tarik brek tangan). Angkat tangan anda. 


    b) Kemudian masukkan gear undur dan undurkan kereta anda ke belakang dan berhenti (bebaskan gear dan tarik brek tangan).


6. Pusingkan stereng ke kanan sehingga habis dan keluar berhati - hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.




SELAMAT MENCUBA !!!